Saman Anwar terhadap Hamzah Zainuddin Saman-menyaman Anwar Ibrahim

Pada 22 Ogos 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnam RM10 juta terhadap Datuk Hamzah Zainuddin , Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.[24]Peguam S N Nair dan Wan Anuar Shadat mewakili Anwar. Peguam S Murali mewakili Hamzah.

Hamzah didakwa mengeluarkan kata-kata dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh pada 19 Ogos 2008.Artikel fitnah itu bertajuk “Anwar Harrassed My Wife”. Tafsirannya Anwar terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, lelaki tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Kes lanjutan akan dirujuk dan dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham pada 26 April 2010.

Pada 26 April 2010, Hakim Prasad memerintahkan Hamzah Zainuddin, yang diwakili peguam S. Murali membayar RM2,500 kepada Anwar kerana pernyataan pembelaan lewat. Pembelaan penuh akan diadakan nanti. Tidak wajar pembelaan peringkat interlokutori dibatalkan.[25]Pada 2 April 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 dan 28 September 2012 untuk perbicaraan kes saman fitnah ini.[26]

Rujukan

WikiPedia: Saman-menyaman Anwar Ibrahim http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://malaysiakini.com/news/119516 http://malaysiakini.com/news/126678 http://malaysiakini.com/news/151899 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...